Saya harapkan pihak Kementerian dpt memberikan penyelesaian yg praktikal bagi isu beg berat yg sudah lama diperkatakan oleh orang ramai. Saya masih berharap lambat laun cadangan saya diterima kerana cadangan ini adalah paling praktikal dan paling sesuai utk semua pihak. Kementerian tak perlu sediakan loker utk pelajar simpan banyak buku, guru tak perlu mengajar banyak kelas dalam sehari, dan paling penting, pelajar tak perlu lagi bawa beg berat ke sekolah. Cukup dgn bawa buku utk maksima 3 subjek sahaja sehari berbanding hingga 6-7 subjek sehari.
Wassalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah email maklumbalas yg diterima:-
~~~~~~~~~~~
Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia
Aug 12
Assalamualaikum w.b.t.
Pelanggan yang dihormati, Encik Azizuddin Abdul Hamid
Nombor rujukan anda :- 122126.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kiriman emel encik yang bertarikh 10hb Jun 2009.
Merujuk kepada cadangan yang diajukan kepada pihak kami, setiap cadangan yang diterima akan diteliti dan dikaji oleh satu jawatankuasa samada ianya sesuai untuk tujuan perlaksanaan. Sekiranya diterima, Kementerian akan menghantar satu surat penghargaan kepada encik tetapi jika tiada maklumbalas diterima dalam tempoh satu bulan bermakna cadangan itu kurang sesuai untuk dilakasanakan pada masa ini
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui Khidmat Pelanggan KPM di talian 03-77237070 serta memaklumkan nombor rujukan anda iaitu 122126.
Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,
FARADINA BINTI MUSTAPA
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia
- Hide quoted text -
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, 10 August, 2010 2:50 PM
Subject: Re: Re: Aduan-maklumbalas tiket-no: 01103
AKUAN TERIMA
Assalamualaikum w.b.t.
Pelanggan yang dihormati, Encik Azizuddin Abdul Hamid
Nombor rujukan anda :- 122126.
Sukacita dimaklumkan bahawa cadangan tuan/puan bertarikh 10hb Ogos 2010 telah diterima dan sedang diambil tindakan. Kami akan memberi maklum balas dalam tempoh 4 hari bekerja.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui Khidmat Pelanggan KPM di talian 03-77237070 serta memaklumkan nombor rujukan anda iaitu 122126.
Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,
FARADINA BINTI MUSTAPA
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia
----- Original Message -----
From: azizdin@gmail.com
Sent: Tuesday, 10 August, 2010 2:24 PM
Subject: Re: Re: Aduan-maklumbalas tiket-no: 01103
Tuan/Puan/Cik,
Saya ingin mendapatkan maklumbalas berkenaan surat cadangan saya yg telah dihantar melalui Pos Berdaftar pada 4 Jun 2010 (No Ruj. Pos Daftar: RD629966017MY). Sehingga kini, saya masih belum menerima jawapan balas daripada pihak Kementerian. Nombor rujukan surat saya KPKPM 98700 / No.Tiket 01103 bertarikh 4 Jun 2010.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan/cik itu amatlah dihargai dan diucapkan Terima Kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Kementerian Pelajaran Malaysia
>Permasalahan pelajar membawa beg berat ke sekolah
No comments:
Post a Comment