---------- Forwarded message ----------
From: azizdin@gmail.com
Date: Sep 21, 2010 1:44pm
Subject: Kolej Universiti Langkawi
To: langkawi@parlimen.gov.my
CC:
Y.B. Dato' Paduka,
Baru-baru ini saya ada pergi meninjau lokasi lot-lot kedai terbiar di Pusat Perdagangan Kelana Mas di Kuah, Langkawi bersebelahan sebuah hotel, kerana dikhabarkan ada lot kedai yg akan dilelong nanti. Lot-lot kedai ini terbiar kerana lokasinya agak terkeluar dari jalan utama pekan Kuah, dan tiada usaha utk mempromosikan peluang-peluang perniagaan yang boleh dilakukan di kawasan tersebut. Jika Dato' Paduka berkunjung ke kawasan berkenaan, pemandangan yang dilihat akan menyakitkan mata kerana rumput lalang dibiarkan tinggi, kedai-kedai makan seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja, terdapat lukisan grafiti di beberapa kedai, dan sebagainya.
Oleh yang demikian, saya ingin membuat satu usul cadangan utk pertimbangan Dato Paduka iaitu supaya kerajaan mengambilalih kawasan tersebut dan ditubuhkan cabang pendidikan tinggi hingga ke tahap Kolej Universiti yg boleh dinamakan Kolej Universiti Langkawi (KUL). KUL bolehlah menumpukan kpd aktiviti teras berkaitan Langkawi iaitu pengajian Tourism (utk sektor perhotelan dan industri perkhidmatan), Geology (geopark studies), Agriculture (sektor perikanan, pertanian), dan Engineering (elektrik, tenaga hijau). Kampus KUL boleh beroperasi secara sementara di Kelana Mas sementara pengurusan KUL mendapatkan ruang tanah kampus yang lebih besar bagi menampung bilangan pelajar yang lebih ramai nanti. Bagi meningkatkan tahap dan ranking akademik yg lebih baik di KUL berbanding Kolej Universiti yg terdapat di Malaysia, pihak pengurusan boleh mensyaratkan pelajar membuat banyak kertas penyelidikan dan citation supaya imej KUL dpt diangkat di tahap yg tinggi di peringkat antarabangsa.
Antara kebaikan daripada cadangan ini adalah:-
1. Menambah peluang pekerjaan yng terdapat di Langkawi dan menghasilkan lebih ramai penduduk Langkawi yg cerdik pandai
2. Membaikpulih hartanah yg terbiar kepada nilai komersil yg lebih tinggi, dan mengelakkan tempat tersebut menjadi sarang penagih dadah dan nyamuk aedes
3. Memberikan nilai tambah kpd Langkawi sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa dimana graduan akan menghasilkan bahan penyelidikan yg asli dan unik kpd Langkawi dan boleh dibentang kpd masyarakat akademik sedunia. Lebih ramai para akademik dunia dan pelajar antarabangsa akan berkunjung ke Langkawi dan belajar drp penyelidikan KUL.
Diharap Dato Paduka dpt memberikan pertimbangan kpd cadangan saya ini bagi kebaikan Langkawi dan para penduduknya. Dengan perhatian Dato Paduka ini, saya dahului dengan ucapan Terima Kasih.
Yang benar,
AZIZUDDIN ABDUL HAMID
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rangkaikan ke info tambahan:-
>Info berkenaan Langkawi di Wikipedia, klik sini
>Kenali Ahli Parlimen Langkawi, Dato Paduka Abu Bakar Taib
>Tema membangunkan satu kawasan terbiar dibandar menjadi tempat yg lebih baik dipanggil "Urban Regeneration", jadi lihat info lanjut di sini
>Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
No comments:
Post a Comment