> Jejak Bahasa > Broken Manglish > On Neutral Ground > Idea @ Azizdin > Lucu..Pelik..etc > Life Philosophy
Wednesday, June 2, 2010
4 Idea @ Azizdin: Cadangan Kurangkan Berat Beg Galas Sekolah Dengan Hadkan Kepada 2 Subjek Sehari
Email saya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan cadangan mengurangkan berat beg galas sekolah yang isu ini masih berlarutan sehingga sekarang.
Saya amat berharap pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dpt menerima cadangan ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya merujuk kpd keratan akhbar NST 18 Mei 2010 "Lighter Bookload If You Follow Timetable & Use Timesheets" yg telah dijawab oleh Corporate Communication Unit MOE spt di laman web www.moe.gov.my.
Cadangan saya kpd Kementerian bagi mengurangkan berat beg sekolah yg digalas oleh para murid sekolah rendah terutamanya, adalah dengan merombak kembali jadual waktu persekolahan dimana jika sekarang ada 6-7 subjek diajar sehari, diubah kepada 2 subjek sahaja sehari tetapi pada kadar waktu subjek teras yang lebih panjang. Kadar waktu untuk subjek teras sekolah rendah/UPSR seperti Bahasa Malaysia, English, Matematik, dan Sains akan mengambil 6 period 35 minit, dan baki 1 period 35 minit akan diperuntukan untuk subjek bukan teras spt Kemahiran Hidup, Muzik dan sebagainya. Contohnya:-
Hari Isnin: Bahasa Malaysia (Penulisan) dan Sivik
Hari Selasa: English dan Muzik
Hari Rabu: Matematik dan Kemahiran Hidup
Hari Khamis: Sains dan Kemahiran Hidup
Hari Jumaat: Bahasa Malaysia (Pemahaman)dan Agama/Jawi/Moral.
Dengan ini, faedah berikut akan diperolehi:-
a) para pelajar hanya perlu membawa buku-buku berkaitan 2 subjek ini sahaja sehari, yang dapat mengurangkan jumlah berat beg galas dibawa. Mereka juga dapat belajar satu-satu subjek teras dengan lebih lama dan terperinci dan lebih mudah mengingati subjek tersebut.
b) Para guru juga tak perlu terkejar kesana ke mari untuk mengajar di pelbagai kelas kerana beliau boleh tumpukan perhatian di kelas yang sama untuk hari tersebut.
c) Pentadbir sekolah lebih mudah menguruskan P&P kerana syllabus subjek untuk satu-satu kelas boleh dirangkum dalam satu hari seminggu.
d) Jabatan Pelajaran dan Kementerian masih dapat mengekalkan jumlah masa P&P yang sama sebelum dan selepas cadangan ini dilaksanakan dan pada masa yang sama isu berat beg sekolah dapat diselesaikan dengan bijak dan jayanya.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment