---------- Forwarded message ----------
From: Azizuddin Abdul Hamid
Date: 2010/6/4
Subject: Re: Aduan-maklumbalas tiket-no: 01103
To: Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia
Wa alaikum mussalam,
Terima kasih atas maklumbalas yg segera diterima.
Saya jangkakan kiriman email yg saya hantar sudah memadai kerana yg
penting mesej yg ingin disampaikan dan mesej ini pun sudah boleh
dilanjutkan secara email atau sebagainya, terus kepada pihak Ketua
Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan ini, saya berharap
pihak Kementerian dapat memudahkan cara orang awam berurusan üntuk
menyalurkan pandangan demi kebaikan semua pihak, dan bersesuaianlah
dengan slogan kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Walaupun dikenakan syarat perlu dihantar dengan surat rasmi dan
menerusi perkhidmatan surat berdaftar, saya akan mematuhi syarat
tersebut, kerana bagi saya yg penting jika cadangan ini diterima,
ianya akan memberi kebaikan kepada para pelajar terutamanya yang
terpaksa menanggung beban beg galas sekolah yg berat itu.
Insya-Allah surat tersebut akan sampai ke pejabat Ketua Setiausaha
tidak lama lagi.
Terima kasih dan Salam hormat.
AZIZUDDIN ABDUL HAMID
2010/6/3 Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia
> Assalamualaikum w.b.t.
>
> Pelanggan yang dihormati, Encik Azizuddin Abdul Hamid
>
> Nombor rujukan anda :- KPKPM 98700 / No.Tiket 01103.
> Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kiriman e-mail
> tersebut.
> Merujuk kepada cadangan yang diajukan kepada pihak kami, berikut adalah
> maklumat/jawapan yang dikehendaki.
>
> Sukacita dimaklumkan bahawa setiap cadangan yang diajukan kepada pihak
> Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilakukan melalui surat secara rasmi.
>
> Panduan/Langkah disertakan bersama untuk rujukan tuan seperti dibawah :-
>
> 1) Surat rasmi beserta cadangan penuh
> 2) Butiran maklumat diri:
>
> a) Nama penuh:
> b) Alamat:
> c) No. Telefon:
>
> 3) Kiriman hendaklah menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar
> dan dihantarkan kepada :-
>
> Ketua Setiausaha,
> Pejabat Ketua Setiausaha,
> Kementerian Pelajaran Malaysia,
> Aras 8, Blok E8, Kompleks E,
> Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
> 62604 Putrajaya.
> Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.
> Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui Khidmat
> Pelanggan KPM di talian 03-77237070 serta memaklumkan nombor rujukan anda
> iaitu KPKPM 98700 / No.Tiket 01103.
> Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.
> Sekian.
>
> “SEDIA BANTU”
> Yang benar,
>
> FARADINA BINTI MUSTAPA
> Eksekutif Khidmat Pelanggan
> Bahagian Khidmat Pelanggan
> Kementerian Pelajaran Malaysia
>
No comments:
Post a Comment